Salam persahabatan!
Terima kasih kerana sudi membaca blog kularilari.blogspot.com.

Friday, July 22, 2011

Kembali berkarya

Setelah sekian lama menyepikan diri, kini, ingin berkarya semula.

Hmmm.... bukan lah karya agung, sekadar coretan......

Thursday, May 12, 2011

Penawar penyakit

Minta maaf lah dah lama tak update blog ni. Bila update pulak nak cerita yang negatif jer.

Dekat opis aku ni ada 2-3 orang yang ada penyakit yang sama. Penyakit yang 'common' sebab ramai orang mengidapnya. Yang heran nya, penawar, supplement atau ubat alternatif ada banyak di jual di farmasi2 atau kedai2 jamu.

Aku tengok dia orang ni langsung tak de inisiatif nak ambil mana2 supplement/penawar/ubat alternatif tu. Asyik2 MC sbb sakit tu. Lepas tu bila dtg opis dok cite pasal sakit tu tak abis2.

Aku pernah jugak lah bagi petua kat dia org. Petua ni pulak aku dapat dari Datuk Dr. Fadzilah Kamsah. Sepatutnya dia org pun tahu pasal petua ni sbb aku dapat pun masa kursus team building yang company buat. Dia org pun attend gak kursus ni. Aku setakat berkongsi petua ajer sbb aku sendiri tak de sakit tu, so nak cerita lebih2 pasal keberkesanan petua tu susah sikit lah, walaupun aku pun amalkan jugak petua tu. Takkan nak tunggu sakit baru kita nak ikut petua kan? Kalau petua yang bagus, kita ikut lah walaupun kita tak mengidap sakit tu.

Entah lah kan, aku ni dok komen2 orang, kang terjadi pada diri sendiri baru lah tahu. Cuma aku agak bosan dia org ni dok cerita itu jer x abis2.

Maaf lagi sekali ek.

Monday, April 4, 2011

Sunyi sepi

Oh My God!!!
Ya Allah Ya Tuhan Ku.

Dah lama Cikni Ahnie x update blog.
Busy busy busy.

BTW, x de siapa yg nak dtg blog kita dan baca psl kita yg busy busier busiest...
Last 2 weeks mmg quite busy preparing for tomorrow DOSH inspection.
Lepas inspection esok pun takkan reda lagi busy sbb nama pun keje kan...
Kalau dah x de keje tu maybe sbb company tmpt kita keje tu dah nak tutup kot.

Tiap2 hari balik keje mmg flat, tido pun awal.
Takde masa nak tengok blog or FB.
Business blog pun tak ter-update.

Weekend pun super busy dgn aktiviti bersama family.
Takde masa nak layan keje2 menjahit.



So blog ni cuma nak cite psl busy dan takde masa, you see.
What a waste of time...

Kesian kat korang.
Sabo jer lah.



Wassalam.

Saturday, March 26, 2011

N9

CikNi Ahnie nak cari keje kat area senawang or seremban. Masuk tahun ni dah tahun ke-4 dah duduk berjauhan dengan roomate.

Some may say "No big deal"

Ada couple yang berbelas-belas tahun duduk berjauhan.

Well, CikNi Ahnie says "Not me"

Kalau kita ada pilihan, kita patut pilih untuk bersama, bukan berjauhan. Dalam hal CikNi Ahnie, pilihan pasti ada. Cuma cepat atau lambat jer nak dapat kerja kat sana tu dan roomate boleh jadi "roomate sepenuh masa", bukan weekend roomate... ha ha hah...

So, kalau ada peluang tu bisik-bisik lah kat sini ya...

Wassalam. Selamat bercuti hujung minggu. My roomate is here, yay!

Thursday, March 24, 2011

Lost

Perhaps, the correct word to say is, I, kind of lost in life.
I'm not struggling with the world, but just myself.
I get tangled with my own conflict, when there is actually no conflict at all.
How can I focus, to what really matter in my life?

Wednesday, March 23, 2011

SPM oh SPM

Assalamualaikum.

Kepada yang mendapat keputusan SPM cemerlang hari ini >> takhniah CikNi Ahnie ucapkan.
Ucapkanlah Syukur Alhamdulillah.
Semoga anda semua akan jadi orang yang hebat dan berjaya di masa hadapan.

Kepada yang mendapat keputusan SPM tidak seperti yang diharapkan, cubalah ber-istifar dan redha dengan pemberian Nya.
Semoga anda juga akan menjadi orang yang hebat dan berjaya di masa hadapan.
Teruskan usaha, okay.

CikNi Ahnie tak dpt nak cerita banyak pasal SPM ni sbb dah tak berapa ada ingatan sgt psl hari pegi amik result tu. Episod amik result tu tak leh nak re-play dah kat kepala otak ni. Lupa nak 'save' kot hari tu... hmm...

Papehal pun >>> Syukur Alhamdulillah ye adik2 semua, whatever your result are. Peace!

Angan-angan

Teringin nak jadi orang yang hebat tapi so far, tak jadi apa-apa pun.

Macam mana nak hebat kalau kerja pun malas, banyak merungut, suka buat alasan dan suka berangan.

Apa nak jadi nih....

Masalah utama adalah tidak fokus.
Kalau tak tumpu perhatian memang kerja tak berapa nak jalan.
Banyak pulak distraction.

Usia semakin meningkat...
Kalau tak berubah sekarang,
may be not forever.





Macam bagus.

Monday, March 21, 2011

Terpaksa tukar lagi... adoi

Walau pun CikNi Ahnie suka bangat layout yang ala-ala scrapbook sebelum ni, nampaknya terpaksa tukar sebab tak de tarikh pulak dekat blog post. Sampai tuan punya blog pun tak tahu post tu bila ditulis, susah lah gitu...

nak update, nak update, nak update.... tapi busy pulok... (busy entah pape pun)... nanti sambung ek... please come back!

Wednesday, March 16, 2011

Diari Cuti Sekolah - Jalan-jalan Pangkor

Ni sambungan dari cerita semalam.

Pagi hari ahad tu kami breakfast di hotel jer, lepas breakfast kami jalan2 sekejap kat tepi pantai sebelum balik ke bilik untuk berkemas untuk check-out.

Dari hotel kami terus ke pekan lumut dan park kereta kami di medan tempat letak kereta bertingkat. Mula2 tu kami ronda habis sampai tingkat atas tapi tak de petak parking yang kosong. Syukur Alhamdulillah bila kami turun balik ke tingkat 1, ada pulak kereta yang nak keluar, cepat2 kami masuk.

Kemudiannya kami berjalan dari parking tu ke jeti lumut. Tak jauh pun, lebih kurang 5 minit berjalan kaki jer. Kami sampai di kaunter tiket feri lebih kurang jam 11.15 pagi. Sayang sekali feri baru bertolak pada jam 11 pagi dan feri berikutnya pukul 1.45 t/hari. Alamak, wrong timing betul lah.

Kalau feri ke jeti pangkor memang kerap tapi disebabkan kami akan stay di pangkor island beach resort (PIBR), kami kena naik feri ke jeti khas PIBR dan juga utk mereka yang stay di Teluk Dalam Resort. Jeti PIBR ni di bahagian utara pulau pangkor. Kalau naik feri di jeti lumut, di kaunter PIBR tu terus check-in hotel dan beli tiket feri pergi dan balik. So, dengan boring nya kami pun menunggu di jeti lumut. Dah penat menunggu kami ronda-ronda pulak pekan lumut tapi tak de mood untuk beli apa2 sebab tak nak tambah lagi barang2 yg perlu dibawa naik ke atas feri nanti.

Sebenarnya aku beria-ia nak pergi pangkor ni sebab nak bagi kids experience macam mana naik feri. Dulu pernah naik feri dari langkawi ke kuala perlis tapi perjalanan tu sungguh memboringkan. Dah lar kena duduk di 'perut' feri, tak nampak apa2 pemandangan pun kecuali air laut yang menutupi 3/4 tingkap feri tu. Lepas tu lama pulak perjalanan nya. Memang macam serik betul. Feri pangkor ni lebih kecil dan selesa. Boleh duduk kat atas, ada tempat yang open air. Walaupun tengah hari tapi tak rasa pun panas sebab angin laut terasa dingin sekali. Kids pun excited sangat.


Fresh sea breeze....

Lebih kurang setengah jam naik feri, kami pun smpai di jeti PIBR. Lepas tu naik tram yang dipandu ala-ala bas mini KL. Adoi, udah ler duduk dalam tram tu berhimpit-himpit macam sadin, driver pun ganas betul. Sabo jer lah kan.


Jeti PIBR

Sudah letih menunggu lama di jeti lumut, rupa2 nya sampai kat PIBR pun kena tunggu lagi sebab bilik belum ready. Bosan betul. Perut pun dah mula keroncong ni. Badan pun penat menunggu. Bila dah masuk bilik, kami solat dan rehat sekejap sebelum bersiap nak pergi mandi-manda versi pangkor pulak....

Pantai kat PIBR ni memang cantek sungguh. Panjang pantai ni lebih kurang 1.2 km. So, memang tak de masalah sebab tak terasa sesak (memang tak sesak pun,tenang jer rasanya). Ada yang naik kayak, ada yang naik sailboat, ada yang main2 air laut jer - macam kita orang lah, main rendam2 air laut...


Pantai mengadap Laut Andaman

Malam tu kami sewa teksi untuk dinner di teluk nipah. Kawasan tu macam kawasan pasar malam. Hmm... tak tahu lah in future, tempat ni masih kekal bersih dan cantik sebab bila dah banyak gerai dan manusia, susah lah nak maintain kebersihan dan mengelak pencemaran, sayang sekali.


Sementara menunggu dinner ikan bakar kami siap,
kids main di tepi pantai, exactly depan gerai ikan bakar tu...

Esok nya tu kami naik teksi ke pekan pangkor pulak. Nothing much to tell. Kami just pergi sarapan dan window shopping kat kedai2 situ, lepas tu balik ke PIBR dan berkemas-kemas untuk check-out. Trip ke pangkor ni terasa biasa-biasa saja. Mungkin sebab banyak masa dah terbuang dok menunggu feri, masa nak pegi atau nak balik, padahal masa tu boleh buat aktiviti lain yang lebih menyeronokan.

Tuesday, March 15, 2011

Diari Cuti Sekolah - Jalan-jalan Lumut (Day 1 Part 1)

Assalamualaikum.

Wah seronoknya cuti sekolah dah bermula. Much awaited holiday trip - Lumut & Pangkor trip!

Pagi sabtu tu kami keluar awal dari rumah, berjumpa dengan kawan2 roomate di R&R Rawang. Saja lah nok konvoi. Dia orang nak balik kampung di penang dan kedah. Punyalah ramai manusia kat R&R Rawang. Yelah bukan kita jer yang balik kampung/cuti-cuti malaysia kan...

Kami sampai swiss garden golf resort and spa, damai laut lebih kurang jam 12 tengahari. Perjalanan nak ke resort ni from the main road, kena masuk simpang dan kena drive through 7km jalan kampung yang sempit dan kiri-kanan nya hutan. Masa tu kita orang semua dah rasa bohsan giler duduk dalam kereta dan asyik lah tertanya-tanya "bila nak sampai ni? bila nak sampai ni?". Bila dah sampai resort entrance pun kena drive another 1.2km baru sampai lobby hotel. Syukur Alhamdulillah boleh check-in awal.

Roomate booked package bilik utk main golf. Biliknya memang lapang. Kalau mintak extra-bed pun muat dan masih luas. Kalau nak jimat bawak tikar dan toto pun bagus... heheheh..... Tapi disebabkan lupa nak bawak tikar atau toto, maka kami berempat tidur atas katil king ni. Sempit2 gitu. Belasah jer...

Nombor bilik kita orang : 123. Kelas gitu. Tapi bilik ni garden view, so tak nampaklah pantai dari bilik dan, kena jalan punyalah jauh nak ke lobi atau beach sebab bilik ni adalah bilik yang hujung sekali dalam bangunan tu... hahahah... exercise ler kami sekeluarga.

Lepas tu kita orang pergi ke Garden Terrace untuk lunch. Mula2 tu waiter kat situ kata tempat tu dah fully booked by group yang buat family day dan buat kursus. What?! Abis tu kat mana kita orang nak makan? Resort ni lebih kurang setengah jam perjalanan (kalau tak silap la) nak ke pekan manjung/pekan lumut. Macam mana guest yang datang bercuti-cuti ni nak makan kalau bukan kat situ? Bukan nya ada gerai2 pun area tu. Adoi.

Then waiter filipina tu panggil supervisor dia, a malay guy, dan Syukur Alhamdulillah, supervisor tu kata memang dia orang ada allocate a few tables for hotel guest. Lega nya, perut dah lapar sangat ni. Bila tengok menu tu paham2 jer lah kan harga makanan kat hotel, so we just ordered 2 dish for 4 of us. Kongsi2 lah makan + simpan perut untuk nak makan seafood kat lumut malam nanti.

Lepas makan, roomate pergi main golf. Sarah pulak sibuk nak ajak main kolam tapi disebabkan hari masih terlalu panas, kita orang rehat kat bilik dulu. Myself dan my son memang terlelap tidur sampai dengkur2... hahahah... Pukul 5 kita orang pun turun ke kolam/beach. Memang cantik pemandangan kat situ.

Yang seronoknya pool kat resort ni x wajib kan pakai baju mandi. Belasah jer lah nak pakai apa, janji x bogel jer... hi hi hi... So, my son and daughter pun mandi lah sepuas-puasnya. Myself pulak tiba2 rasa tak de mood nak mandi, so jadi penonton jer.

Sebelah malam pulak kita orang pergi dinner dekat 'Restoran Ikan Bakar Lumut'. Nak pergi restoran ni senang jer. Bila dah masuk simpang terakhir nak ke jeti lumut, restoran tu di sebelah kanan. Bila dah keluar dari resort tu kan, rasa macam jauh sangat nak sampai restoran tu. Adoyai, rasa macam serik pulak duduk kat resort yang jauh di pendalaman ni... ahaks...




More pics at the resort
(saiz gambar memang kecil supaya senang nak upload)

View from our room.... so called, garden view eh?


The beach, tapi ni bukan untuk mandi-manda.
Yang boleh mandi-manda at the other part of the resort, tak de gambo.

View from the restaurant.


The Garden Terrace, the restaurant....
Supervisor and Philippino waiter.

The pool

The water fall @ the pool