Minta maaf lah dah lama tak update blog ni. Bila update pulak nak cerita yang negatif jer.
Dekat opis aku ni ada 2-3 orang yang ada penyakit yang sama. Penyakit yang 'common' sebab ramai orang mengidapnya. Yang heran nya, penawar, supplement atau ubat alternatif ada banyak di jual di farmasi2 atau kedai2 jamu.
Aku tengok dia orang ni langsung tak de inisiatif nak ambil mana2 supplement/penawar/ubat alternatif tu. Asyik2 MC sbb sakit tu. Lepas tu bila dtg opis dok cite pasal sakit tu tak abis2.
Aku pernah jugak lah bagi petua kat dia org. Petua ni pulak aku dapat dari Datuk Dr. Fadzilah Kamsah. Sepatutnya dia org pun tahu pasal petua ni sbb aku dapat pun masa kursus team building yang company buat. Dia org pun attend gak kursus ni. Aku setakat berkongsi petua ajer sbb aku sendiri tak de sakit tu, so nak cerita lebih2 pasal keberkesanan petua tu susah sikit lah, walaupun aku pun amalkan jugak petua tu. Takkan nak tunggu sakit baru kita nak ikut petua kan? Kalau petua yang bagus, kita ikut lah walaupun kita tak mengidap sakit tu.
Entah lah kan, aku ni dok komen2 orang, kang terjadi pada diri sendiri baru lah tahu. Cuma aku agak bosan dia org ni dok cerita itu jer x abis2.
Maaf lagi sekali ek.
2 comments:
penyakit apa tu ???
byk nya penyakit sekarang kan..
Post a Comment